Moving average (MA) atau Simple Moving Average (SMA) ialah antara indicator asas yang digunakan oleh pelabur saham.
Garisan MA terhasil dari kiraan purata harga saham dalam tempoh yang kita tetapkan.
MA100 bermakna harga purata saham tersebut dalam tempoh 100 hari yang lepas.
MA200 bermakna harga purata saham tersebut dalam tempoh 200 hari yang lepas.
Yang menariknya dengan MA, kita boleh menggunakan satu teknik trade yang ringkas.
Kita boleh mendapatkan signal belian dan jualan hanya dengan MA sahaja tanpa perlu gabungan dengan indicator lain.
Cara nya sungguh mudah.
Masukkan indicator MA di chart, dan tetapkan tempoh atau lenght.
Aku suka guna MA50.
Cari saham yang melepasi ke atas garisan MA.
Jika berada di atas garisan MA, beli.
Jika harga sudah melepasi ke bawah garisan MA, jual.
Itu sahaja tekniknya.
Kelebihan teknik ni ianya ringkas dan tak memeningkan kepala. Malah MA dikatakan sebagai teknik yang paling berkesan untuk memaksimakan keuntungan.
Lagi lama dia dia atas MA, lagi bertambah keuntungan.
Kekurangannya pula, jika dah terlepas ketika harga dah melepasi garisan MA anda jangan beli.
Jadi kita hanya boleh beli ketika harga melintasi ke atas garisan MA sahaja. Jika di chart, harga sudah berada di atas MA, sudah terlambat untuk memaksimakan keuntungan.
Lebih baik perhatikan saham lain yang ada potesi untuk melepasi garisan MA dan tunggu waktu yang sesuai untuk beli.
Selain itu, teknik ini lebih ampuh digunakan pada saham yang dalam keadaan uptrend.
![]() |
| Photo by Mikael Blomkvist from Pexels |

0 comments:
Post a Comment