Aku mula berkenalan dengan main saham ini di tahun 2019.
Aku menghadiri kelas 2 hari tentang pelaburan saham. Selepas itu aku menggunakan duit simpanan aku untuk mula melabur di bursa saham Malaysia.
Sehingga ke hari ini, November 2020, aku masih terumbang ambing dalam dunia saham ini.
Jujur aku katakan aku masih belum mampu untuk buat trade sendiri yang menguntungkan.
Aku masih bergantung kepada buy call dari sifu dan rakan trader lain yang lebih handal.
Ada juga trade yang aku buat sendiri. Namun untungnya tidak lah banyak sangat.
Nah, anda lihat berapa untung rugi aku dalam saham :
Ini jumlah kesemua untung rugi aku dari semua transaksi saham selama setahun ini.
Dapat dikira, aku hanya untung bersih sekitar RM2900 sahaja.
Jelas pada aku betapa aku perlu memperbaik teknik dan kemahiran trade saham.
Apatah lagi di luar sana sangat ramai yang berjaya buat untung besar.
Hari ini aku duduk diam dan bertenang diri. Aku memikirkan apa yang perlu aku buat untuk betul-betul memahirkan diri aku dengan trade saham.
Aku simpulkan perkara yang perlu aku lakukan adalah seperti di bawah:
- Telaah kembali nota kelas saham dan tonton semula semua video kelas saham
- Bertenang diri dan tidak gopoh melakukan trade
- Meyakinkan diri bahawa aku trade saham bukan lah sebagai sumber kewangan tetapi sebagai pelaburan
- Banyakkan pembacaan berkaitan teknik trade dari sumber yang dipercayai
0 comments:
Post a Comment