Teknik saham ini digunakan ketika sesuatu saham itu mengalami kejatuhan harga.
Kita akan beli ketika saham mencecah garisan support yang kuat.
Pertama, cari saham yang sedang menurun.
Lebih elok jika saham itu punyai asas dan kewangan yang kuat.
Buat garisan suuport dan resistance yang terhampir dengan harga.
Buat banyak garisan pun tak apa, sebagai panduan.
Fokuskan pada garisan yang mempunyai sentuhan harga yang banyak seeloknya minimum 4 kali sentuhan.
Seterusnya, jika harga sudah turun tetapi masih jauh dari garisan support yang kuat, boleh tinggalkan dulu saham itu. Atau simpan dalam senarai perhatian.
Jika harga sudah jatuh dan mencecah garisan support, bagus. Tapi jangan terus beli!
Perhatikan pula Volume saham. Beli jika volume saham menandakan minat jualan telah berkurang.
Jika volume merah dan kecil dari volume sebelum nya, ini bermakna minat jualan sudah berkurang dan pelabur telah bersedia untuk melakukan belian.
Beli lah saham itu.
Jika harga sudah mencecah garisan support, dan volume sudah bertukar hijau ini menandakan pelabur telah berminat dengan saham ini. Beli!
Teknik ini sesuai untuk trade short term.
Jika mahu buat long term, guna time fram monthly.
Lakukan belian ketika waktu petang.
Selamat melabur!
0 comments:
Post a Comment